my hamtaro

Busy...Busy..Busy...Antara Personal & Kerjaya

Salam Bloggers..,

Yup tak dinafikan I memang busy dengan kerja.....sampaikan di cop workaholic....tapi kesibukan kerja itu lahh yang mengisi perjalanan hidup I hari2...kerja I pun banyak travel jadi tak bosan...hari2 ade cerita yang berbeza....

Dengan telatah customer yang macam2 ragam...telatah officemate yang boleh tahan juga....ape2 pun I tetap rasa enjoy....tapi kadang2 tu penah gak la member2 tegur....dah lama tak lepak?? dah tak ingat member2 ke?? haha...

Ooo ok fine...korang sume dah kawen dah ade anak bini....pe barang nak lepak degan orang2 bujang ni dulu dok ajak lepak manjang 'busy' je.. =P

Anyway setiap orang ada satisfaction diri masing2...bagi I, kerjaya merupakan satisfaction bagi diri I suka adventure & challenge diri sendri terhadap sesuatu perkara....(buat masa nie la, kalau dah berdua lain sket laa kot??)

So life personal I pun banyak habis kat rumah, kat Park & Family....bukan tak mo keluar.....bila dah slalu kerja travel nie...skali skala dapat duduk rumah memang rsa heaven tak hingat....I pun tak suka pegi tempat yang sesak2...serabut....

Memandangkan entry nie merupakan enrty pertama pada taun 2014.....So to all my friends....this year will become a very exciting year...keep it up!! Gain your goals towards success!!! =)

Kawan......Just for Business Purpose....HATE IT!!!

Salam Sejahtera Bloggers!

Ok I just nak update berkenaan dengan some of my 'Kawan' yang muncul tiba-tiba dan hilang dengan tiba-tiba...Siapa tak teruja bila mana 'Kawan' yang dah lama lose contact bertahun-tahun since zaman sekolah end up nak jumpa...yelaaa I always keep +ve dan bersangka baik.... 

Tapi baru2 nie bila ada some of 'Kawan' yang ajak jumpa at las tafter 20 minutes conversation keluar pulak citer ajak join Unit Trust laaa, MLM laaa, insurans laaa, semua nie rimas tau x???

Ok I respect that's your job...fine...tapi kalau disebabkan benda nie sume u all nak ajak I keluar lepak...datang jaohh2 pulak tu...forget it...It could make me piss off!! don't waste my time...siap suruh I keluar duit EPF dan lain2 untuk join ur bisness...ape jaminan nya???

I bukan jenis suka pada bisness yang macam nie...jumpa bila ade someting 'ada udang di sebalik batu'...sorry to say...I hate these kin of people 'Kawan'...

Satu lagi bila mana ada 'Kawan' yang tiba2 nak jumpa "bro nak pinjam duit dpt payment nanti aku bayar"...ok fine 'Kawan' punya pasal...lepas dah bagi senyapppp....message tak balas...call tak angkat 'Kawan' ke??? 'Bro' ke???

So beringatlah jangan jadi 'kawan' yang bila hanya perlu dicari dan lepas tu hilang ntah ke mana...


-Phariczh Hashim-

Hurmmm...Wang Hantaran???

Salam Sejahtera Bloggers!


Siapa la yang bagi rate nilai wang hantaran ni...hurmm...Kadang2 adat nie memeningkan...tidak semestinya kita perlu mengikut adat, akan tetapi bagaikan sudah menjadi trennd zaman sekarang untuk membanding-bandingkan nilai hantara antara satu sama lain. Seolah-olah menjadi kebanggaan pihak keluarga jika menerima bayaran wang hantaran yang tinggi berbanding orang lain...

Tapi jika dilihat perkara nie, kadang2 tu boleh membebankan pihak lelaki, oleh itu perlu ada perbincangan kedua-dua belah pihak agar mendapat kata sepakat. Tapi serius bila tengok nilai2 hantaran nie terasa macam seram sejuk pun ada...almaklumlah zaman sekarang nie bukan macam dulu2...

Kalau dulu2 habis belajar pun kira hutang tak de la banyak sangat...zaman sekarang ni lepas grad je dah ade hutang belajar, bila dah bekerjaya tambah lagi hutang kereta dan lain2...yup betul pandai2 lah menguruskan kewangan tapi kena tengok juga kos sara hidup sekarang nie..lebih2 lagi yang tinggal di Selangor...tol, petrol, maintenance kereta, rumah...hurmmm...

I ada kawan yang terpaksa bekerja siang dan malam (part time) demi mengumpul dana  untuk melangsungkan perkahwinan. Salute spring sangat2..."nak seribu daya tak nak seribu dalih" orang kata...

So menabunglah.....I percaya bila niat yang baik pasti akan dipermudahkan...jadi berusaha lah...In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan....aminnn... =)

-Phariczh Hashim-



Salam Takziah....

Salah sejahtera Bloggers!

I baru balik dari kenduri tahlil arwah anak jiran I yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6:45am tadi..susasana sugul menyelubungi keluarga Allahyarham adik Mohd Hasif yang hanya berusia 17 hari, akibat sakit paru2 berair...Salam takziah daripada kami sekeluarga Al-Fatihah....

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...dan ia nya tidak mengenal usia jadi semoga menjadi iktibar bersama agar kita sentiasa beringat...walau sesibuk mana pun kita keluar mencari rezeki, kita haruslah beringat bahawa setiap amalan yang kita lakukan akan dihisab kelak jadi jika kita melakukan sesuatu pekerjaan lakukan lah dengan jujur, amanah, ikhlas dan penuh tanggungjawab agar kelak rezeki yang kita perolehi akan mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat kelak...

Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan dengan berpegang teguh dengan ajaran Islam dan meninggalakn segala larangan-Nya...Semoga dengan peringatan ini akan dapat memberikan kita kesedaran, agar bekalan amalan yang bakal di bawa sesudah mati mampu untuk membantu kita di akhirat kelak...


-Phariczh Hashim-

So what's next? Dilemma?

Salam Sejahtera Bloggers!

Tiba2 mood datang untuk menulis enrty ini...I tak tau nak describe macam mana but now memang berada dalam dilemma. Ok tak dinafikan I memang ada ramai kawan (gurl). But don't judge a book by it's cover, tak semestinya bila I rapat dengan someone then you all kata "Ooo tu girlfriend dia.." I sekarang memang belum ada serious relationship.

So far I memang ok tak adalah nak kata menyombong pada sesiapa. Ada jugalah yang pernah cuba untuk mendekati diri ini, tapi soal hati ni bukan boleh dipaksa.... 

After my past relationship, pernah juga la suka kat someone (gurl) bekas rakan sekerja dulu2 but end up tiada respon so nak buat macam mana kan...then after a few months she's called me back...curious juga...katanya I salah faham hurmmm...

Now I confused, at the same time I dapat rasa ada someone else yang menaruh harapan pada I...so if you guys perasan I dah jarang2 online FB and whatsapp. I need my time...kerja pun boleh tahan busy nya

But i keep +ve mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku...semoga Allah bantu saya..aminn...



-Phariczh Hashim-

Sabah Trip..! It's really opened up my eyes...

Salam sejahtera Bloggers!

Bulan May yang lepas I ke Sabah atas urusan kerja. Stay sana dalam one week juga. Dari LCCT ke Terminal 2 Sabah Airport dalam 2 jam penerbangan.

I belum pernah sampai Kota Kinabalu so this is my first time ever to visit KK, Sabah. I punya 1st impression bila menjejakkan kaki di bumi KK "ok not bad at all just nice city"...

Then I terus check in di Cititel Hotel di Pusat Bandar KK. Petang tu terasa teringin nak berjalan sekejap jadi dengan menaiki kereta sewa I drove to Tg. Aru which is a coolest place i ever see for sunset.

Tg. Aru, KK, Sabah

Subhanallah...memang sangat cantik, di sini juga I dapat rasa ketenangan dengan tiupan angin bayu laut dan deruan ombak yang mengasyikan...Ohh I fall in love with this place..

I ada share beberepa photo untuk tatapan. The next day I ada pergi ke Sandakan dan Labuan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi cara hidup dan penempatan mereka. Masih lagi terdapat perkampungan yang jauh daripada pusat bandar, kebanyakan mereka adalah daripada kaum Murut  dan Bajau...agak sukar untuk bezakan mereka dari segi warna kulit.

Yang I terharu sewaktu berada di Sandakan, bila melihatkan anak-anak kecil berjalan kaki ke Sekolah yang agak jauh dengan permukaan jalan raya yang tidak memberangsangkan akan tetapi mereka tetap gigih  dan bersemangat meneruskan perjalanan ke sekolah walaupun agak sukar bagi mata kasar yang melihat.

Oleh itu bersyukurlah atas kemudahan dan nikmat yang diperolehi, fikirkan betapa beruntungnya nasib kita berbanding mereka....I berharap pihak kerajaan akan terus membangunkan bumi Sabah dan Malaysia am nya dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana di pedalaman dan di kampung-kampung demi kebajikan rakyat.


Bandar KK at View Point Tower

Soto Perut KK

Pasar Philippines KK

Sandakan Town

Sandakan Town

-Phariczh Hashim-

I'm Back...Kembali Menulis =)

Salam Sejahtera Bloggers!

Rasanya dah lama tak update Blog ni, coz banyak perkara yang berlaku lately ni and I need my time to recover back from my "heart injury" anyway kehidupan perlu diteruskan & ada hikmah di setiap sebalik yang berlaku In Shaa Allah.

So now I akan kembali active dalam penulisan blog coz I memang minat menulis. Mungkin ada kalanya gaya penulisan I akan jadi a lil bit skema hehe...but that's the art of writing..perlu ada kepelbagaian dalam menulis sesuatu entry menggunakan gaya bahasa yang sesuai.

So macam biasa happy blogging...and happy to see you guys again..

Photo taken at Inst. Penyelidikan Marin Borneo, Sabah

-Phariczh Hashim-

it's all about me....

it's all about me....
Phariczh Hashim

C.L.O.C.K


Free Blog Content

About Me

My photo
Allah in His silence allows us to grow for the better things to come. Don't be in despair. He has heard your prayers. He is not going to do your walk, He will let you walk so you are better prepared to run when the calling comes. Trust His silence; Its His way of blessing you!

my family

Followers

the visitors...