Salam Sejahtera Bloggers!
Siapa la yang bagi rate nilai wang hantaran ni...hurmm...Kadang2 adat nie memeningkan...tidak semestinya kita perlu mengikut adat, akan tetapi bagaikan sudah menjadi trennd zaman sekarang untuk membanding-bandingkan nilai hantara antara satu sama lain. Seolah-olah menjadi kebanggaan pihak keluarga jika menerima bayaran wang hantaran yang tinggi berbanding orang lain...
Tapi jika dilihat perkara nie, kadang2 tu boleh membebankan pihak lelaki, oleh itu perlu ada perbincangan kedua-dua belah pihak agar mendapat kata sepakat. Tapi serius bila tengok nilai2 hantaran nie terasa macam seram sejuk pun ada...almaklumlah zaman sekarang nie bukan macam dulu2...
Kalau dulu2 habis belajar pun kira hutang tak de la banyak sangat...zaman sekarang ni lepas grad je dah ade hutang belajar, bila dah bekerjaya tambah lagi hutang kereta dan lain2...yup betul pandai2 lah menguruskan kewangan tapi kena tengok juga kos sara hidup sekarang nie..lebih2 lagi yang tinggal di Selangor...tol, petrol, maintenance kereta, rumah...hurmmm...
I ada kawan yang terpaksa bekerja siang dan malam (part time) demi mengumpul dana untuk melangsungkan perkahwinan. Salute spring sangat2..."nak seribu daya tak nak seribu dalih" orang kata...
So menabunglah.....I percaya bila niat yang baik pasti akan dipermudahkan...jadi berusaha lah...In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan....aminnn... =)
-Phariczh Hashim-
0 comments:
Post a Comment