Salam sejahtera Bloggers!
Bulan May yang lepas I ke Sabah atas urusan kerja. Stay sana dalam one week juga. Dari LCCT ke Terminal 2 Sabah Airport dalam 2 jam penerbangan.
I belum pernah sampai Kota Kinabalu so this is my first time ever to visit KK, Sabah. I punya 1st impression bila menjejakkan kaki di bumi KK "ok not bad at all just nice city"...
Then I terus check in di Cititel Hotel di Pusat Bandar KK. Petang tu terasa teringin nak berjalan sekejap jadi dengan menaiki kereta sewa I drove to Tg. Aru which is a coolest place i ever see for sunset.
Tg. Aru, KK, Sabah
Subhanallah...memang sangat cantik, di sini juga I dapat rasa ketenangan dengan tiupan angin bayu laut dan deruan ombak yang mengasyikan...Ohh I fall in love with this place..
I ada share beberepa photo untuk tatapan. The next day I ada pergi ke Sandakan dan Labuan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi cara hidup dan penempatan mereka. Masih lagi terdapat perkampungan yang jauh daripada pusat bandar, kebanyakan mereka adalah daripada kaum Murut dan Bajau...agak sukar untuk bezakan mereka dari segi warna kulit.
Yang I terharu sewaktu berada di Sandakan, bila melihatkan anak-anak kecil berjalan kaki ke Sekolah yang agak jauh dengan permukaan jalan raya yang tidak memberangsangkan akan tetapi mereka tetap gigih dan bersemangat meneruskan perjalanan ke sekolah walaupun agak sukar bagi mata kasar yang melihat.
Oleh itu bersyukurlah atas kemudahan dan nikmat yang diperolehi, fikirkan betapa beruntungnya nasib kita berbanding mereka....I berharap pihak kerajaan akan terus membangunkan bumi Sabah dan Malaysia am nya dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana di pedalaman dan di kampung-kampung demi kebajikan rakyat.
Bandar KK at View Point Tower
Soto Perut KK
Pasar Philippines KK
Sandakan Town
Sandakan Town
-Phariczh Hashim-